Langkah untuk Memulakan Agensi Pelancongan di Malaysia

Jika kita lihat pada trend masa kini, bilangan penubuhan agensi pelancongan semakin meningkat di Malaysia seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Ia memberi gambaran betapa mudahnya prosedur yang perlu dilalui oleh pendiri bisnes ini untuk menubuhkan agensi pelancongan di Malaysia. Namun, terdapat beberapa syarat-syarat dan perkara utama yang perlu dipertimbangkan secara teliti dan terperinci sebelum kita menubuhkan agensi pelancongan di Malaysia.

Adakah anda berminat untuk menubuhkan agensi pelancongan?

Mari kami bantu anda.

9 langkah mudah untuk menubuhkan agensi pelancongan di Malaysia.

1. Rangka rancangan Agensi Pelancongan

Jika anda merancang untuk memohon pinjaman daripada bank atau memerlukan pelabur bagi agensi pelancongan anda, anda perlu menyediakan rancangan perniagaan yang kemas, teratur dan lengkap untuk dipersembahkan kepada pihak peminjam atau pelabur. Rancangan perniagaan yang kemas dan teratur mempengaruhi pihak peminjam untuk memberi pinjaman. Ia menunjukkan tahap komitmen dan keyakinan anda kepada mereka untuk menjalankan bisnes.

Rancangan perniagaan yang efektif mengandungi maklumat terperinci tentang halatuju syarikat, analisis pasaran, strategi jualan, unjuran kewangan dan keperluan pembiayaan. Selain daripada berfungsi untuk mendapatkan pinjaman, rancangan perniagaan juga bertindak pemangkin bisnes dengan menyatakan matlamat dan objektif penubuhan syarikat  dengan jelas. Dalam masa yang sama, anda juga perlu mengenalpasti kekangan dan halangan yang akan ditempuhi sepanjang menjalankan perniagaan serta cara-cara untuk mengatasinya.

2. Kenalpasti dan pilih niche agensi pelancongan

Sebelum memulakan sebarang perniagaan, salah satu ciri yang paling penting adalah menentukan niche bisnes. Niche bisnes menentukan target pasaran perkhidmatan kita kepada siapa pelanggan kita yang tepat. Memilih segmen pelanggan yang betul membantu anda untuk fokus kepada siapa bakal pelanggan anda, jenis perkhidmatan yang akan anda tawarkan, mengurangkan persaingan dan lain-lain lagi. Terdapat beberapa jenis niche bisnes bagi agensi pelancongan. Contohnya, anda boleh fokus kepada segmen pelanggan pasangan yang baru berkahwin dan gemarkan pengembaraan secara backpack, atau orang-orang berumur 50 tahun ke atas dan sudah berpencen dari pekerjaan mereka serta memerlukan percutian mewah, atau  generasi muda berumur pertengahan 20-an yang suka mengembara dalam bajet yang terhad dan pelbagai lagi segmen pelanggan yang berbeza. Anda boleh wujudkan kajian pasaran terhadap potensi pelanggan, mengkaji kelebihan dan kekurangan pesaing dan lain-lain lagi.

3. Dapatkan lesen perniagaan Agensi Pelancongan dari Kementerian Pelancongan (MOTAC)

Sebelum memulakan perniagaan agensi pelancongan secara rasmi di Malaysia, adalah mustahak untuk mendapatkan lesen perniagaan agensi pelancongan dari Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC). Lesen ini diperlukan bagi setiap perniagaan agensi pelancongan bagi menjalankan perniagaan ini secara sah di sisi undang-undang dan menambah keyakinan pelanggan terhadap syarikat anda.

Langkah-langkah memohon lesen perniagaan dari Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia seperti berikut:

  1. Melantik setiausaha syarikat
  2. Setiausaha syarikat mendaftar syarikat Sendirian Berhad di Suruhanjaya Syarikat Malaysia
  • Membuka akaun syarikat di bank
  1. Rujuk garis panduan mendaftar perniagaan agensi pelancongan dari Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia. Anda boleh rujuk pautan berikut mengetahui cara-cara bagi mendapatkan lesen agensi pelancongan: http://www.motac.gov.my/en/services/license-application/travel-agency
  2. Menghadiri kursus Travel & Tour Management Course (TTMC) yang dianjurkan oleh Institut Latihan Pelancongan (ILP) yang berlesen dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
  3. Melantik akauntan syarikat, auditor akaun dan agen percukaian
  • Mendaftarkan syarikat di KWSP, PERKESO dan LHDN
  • Memohon perlesenan dari Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) dengan memenuhi syarat-syarat permohonan berikut:
  1. Syarat-syarat permohonan

(a) Permohonan hanya boleh dibuat oleh Syarikat Sendirian Berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.

(b) Syarikat hendaklah mematuhi syarat pemegang saham, had ekuiti pegangan saham dan modal berbayar diterbitkan yang ditetapkan seperti di Lampiran A. Rujuk pautan.

(c) Pemegang Saham tidak mempunyai kepentingan (ekuiti saham) di dalam mana-mana syarikat agensi pelancongan yang berlesen dibawah Akta Industri Pelancongan (AIP)

(d) Pemegang saham (Syarikat Asing) hendaklah telah beroperasi di negara asal sekurangkurangnya 5 tahun

(e) Nama syarikat hendaklah melambangkan nama syarikat yang menjalankan Perniagaan Pengendalian Pelancongan dan Perniagaan Agensi Pengembaraan (travel, tours, holiday, vacation, adventure dsb).

(f) Bebas daripada kompaun di bawah Akta Industri Pelancongan (AIP) 1992 atau Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan (APKP) 1999 (Sabah, Sarawak dan WP Labuan).

  1. Menyediakan dokumen sokongan seperti:

(a) Salinan Memorandum dan Artikel-Artikel Syarikat (Memorandum and Articles of Association).

(b) Salinan Borang 9 (Certificate of Incorporation of Private Company).

(c) Salinan Borang 11 (Notice of Resolution) (sekiranya berkenaan).

(d) Salinan Borang 13 (Certificate of Incorporation on Change of Name of Company) (sekiranya berkenaan).

(e) Salinan Borang 24 (Returned of Allotment of Shares).

(f) Salinan Borang 32A (Form of Transfer of Securities) (sekiranya berkenaan).

(g) Salinan Borang 44 (Notice of Situation of Registered Office and Office Hours and Particulars of Changes).

(h) Salinan Borang 49 (Return Giving Particulars in Register of Directors, Managers and Change of Particulars).

(i) MyKad (Warganegara Malaysia) / Pasport (Bukan Warganegara Malaysia) bagi Pemegang

Saham dan Ahli Lembaga Pengarah.

(j) Bukti Pengalaman Kerja :

  • Surat Pengesahan Pengalaman Kerja daripada majikan terdahulu / semasa bagi Pemegang Saham / Ahli Lembaga Pengarah / Kakitangan syarikat;
  • Borang 24 / Borang 49 / Maklumat Syarikat (E-Info SSM) jika Lembaga Pengarah / Pemegang Saham adalah Pemilik / Ahli Lembaga Pengarah di syarikat perniagaan lain;
  • MAA, Borang 24, Borang 49 dan Profail syarikat jika Pemegang Saham adalah syarikat.

(k) Salinan Perakuan Pendaftaran Syarikat dan lesen syarikat bagi Pemegang Saham/ekuiti Syarikat Asing. Salinan dokumen tersebut hendaklah disahkan oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) atau Kedutaan Malaysia atau Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di negara berkenaan.

(l) Sijil Kelayakan Akademik Berkaitan Bidang Pelancongan/Perniagaan bagi Pemegang Saham / Ahli Lembaga Pengarah / Kakitangan (jika ada).

(m) Surat hubungan kerjasama perniagaan dengan pengusaha agensi pelancongan luar negara bagi permohonan lesen bidang Outbound.

(n) Deraf cadangan Pakej Pelancongan yang akan ditawarkan bagi permohonan lesen bidang Inbound / Outbound.

(o) Kertas kerja yang mengandungi perancangan perniagaan, sasaran bilangan kemasukan pelancong ke Malaysia dan pendapatan jangka masa pendek bagi syarikat yang mempunyai Pemegang Saham/ekuiti Syarikat Asing.

(m) Salinan Laporan Penyata Kewangan Tahunan Beraudit Terkini yang telah diserah simpan dan disahkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi syarikat yang pernah berlesen dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia sebelum ini tetapi lesen telah tamat atau dibatalkan (sekiranya berkenaan).

  1. Tatacara Permohonan:

(a) Melengkapkan maklumat permohonan di dalam Sistem Pelesenan Industri Pelancongan (SPIP) melalui laman sesawang www.spip.gov.my.

(b) Semua dokumen sokongan seperti yang dinyatakan di poin 2 hendaklah dimuatnaik ke dalam SPIP.

  1. Fi Proses:

(a) Pembayaran secara dalam talian: RM 100.00 bagi setiap permohonan di www.spip.gov.my; atau

(b) Pembayaran secara manual: RM 100.00 bagi setiap permohonan dalam bentuk Wang Pos / Deraf Bank / Kiriman Wang sahaja atas nama PESURUHJAYA PELANCONGAN.

  1. Menyedia premis perniagaan dalam tempoh 2 bulan selepas permohonan lesen diluluskan berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
  1. Kemukakan dokumen-dokumen berkaitan untuk tujuan pemeriksaan premis seperti berikut:
    • Salinan Perjanjian Penyewaan Premis (Tenancy Agreement) hendaklah sekurangnya-kurangnya untuk tempoh satu (1) tahun atau
    • salinan ”Sales & Purchase” (S&P) jika premis adalah milik syarikat;
    • Lakaran Pelan Lantai (floor plan); dan Gambar berwarna bahagian dalam & luar premis.
  2. Kemukakan salinan Sijil Keahlian Persatuan Pelancongan yang diiktiraf oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia seperti di Lampiran C. Rujuk pautan
  • Kemukakan Salinan Sijil Travel & Tour Management Course (TTMC):
  • Sekurang-kurangnya seorang wakil syarikat telah menghadiri Kursus Travel and Tour Management Course (TTMC)
  • Wakil syarikat boleh terdiri daripada kategori jawatan seperti berikut:

(i) Pemegang Saham; atau

(ii) Ahli Lembaga Pengarah; atau

(iii) Kakitangan syarikat yang memegang jawatan dalam Pengurusan Tertinggi syarikat   (Contoh: Ketua Pegawai Eksekutif / Ketua Pegawai Operasi / Pengurus Besar dan sebagainya).

  • Bayaran fi lesen sebanyak RM 250.00 hendaklah dijelaskan dan tempoh laku lesen adalah untuk tempoh 1 tahun setelah lokasi premis perniagaan diluluskan serta memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh pihak Kementerian.
  • Mendapatkan lesen dan pelekat dari Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia untuk ditampal di premis perniagaan
  1. Mendapatkan lesen premis perniagaan dan papan tanda

Bagi mendapatkan lesen premis perniagaan dan lesen papan tanda, permohonan hendaklah  dilakukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan masing-masing.

Antara dokumen yang diperlukan untuk memohon lesen premis perniagaan dan papan tanda secara umum adalah:

(i) Sijil Pemerbadanan (Borang 9 / Notis Seksyen 17) – 1 salinan;

(ii) Pulangan Butiran Pengarah, Pengurus dan Setiausaha (Borang 49 / Notis Seksyen 58)  – 1 salinan;

(iii) Foto premis perniagaan anda (depan dan dalaman premis);

(iv) Mana-mana satu NRIC / Pasport Pengarah seperti yang dinyatakan di dalam Borang 49 / Notis Seksyen 58 – 1 salinan;

(v) Contoh papan tanda yang menunjukkan reka bentuk dan warna (jika berkenaan);

(vi) Gambar yang menunjukkan lokasi papan tanda (jika berkenaan).

Walau bagaimanapun, keperluan dokumen permohonan lesen-lesen ini adalah berbeza dan bergantung kepada setiap pihak berkuasa tempatan.

4. Memilih lokasi dan keperluan menubuhkan premis perniagaan

Memilih lokasi premis perniagaan yang strategik bagi memudahkan pelanggan untuk berurusan dengan anda adalah salah satu strategi persaingan perniagaan yang sihat. Tempat syarikat yang strategik dan memudahkan pelanggan untuk berurusan merupakan salah satu tarikan kepada agensi pelancongan anda. Di premis perniagaan anda, anda perlu menampal lesen-lesen berkaitan seperti lesen perniagaan, lesen agensi pelancongan, lesen pengiklanan dan sebagainya sebagai bukti agensi pelancongan anda adalah agensi yang berdaftar dengan kerajaan dan memenuhi keperluan bagi syarikat berjalan dengan sah dan mematuhi undang-undang. Selain itu,

5. Rancang strategi sumber kewangan untuk Agensi Pelancongan

Sumber kewangan bagi sesebuah syarikat adalah penting bagi mengekalkan kebolehan daya saing sesebuah syarikat. Sebagai permulaan, syarikat anda memerlukan modal berbayar sekurang-kurangnya RM 50,000 (minima) sekiranya anda ingin membuka perniagaan agensi pelancongan.  Manakala, kos penubuhan syarikat adalah sekitar RM 2500 hingga RM 5000.

6. Rancang kos permulaan agensi pelancongan

Apabila tertubuhnya agensi pelancongan anda, anda perlu merangka perancangan kewangan dalaman syarikat seperti bayaran sewa dan ubahsuai premis perniagaan, kos dan upah bagi bahan promosi dan pemasaran, penggajian staf dan lain-lain lagi. Ia memerlukan perancangan kewangan yang teliti. Tambahan pula, wang simpanan ketika waktu kecemasan adalah sangatlah penting. Anda perlu menyediakan beberapa sumber kewangan supaya tidak bergantung kepada satu-satu sumber kewangan sahaja bagi mengekalkan perniagaan.

7. Rancang keperluan staf di dalam syarikat

Anda juga perlu merancang tugas bagi setiap staf dan melantik mereka di dalam syarikat. Sebagai contoh, anda pastinya perlukan staf yang menguruskan tempahan pakej dari pelanggan yakni pegawai perhubungan pelanggan, staf yang merancang target dan keperluan bajet syarikat iaitu perancang kewangan dan sebagainya. Juga, anda perlu merangka prosedur modus operandi syarikat anda bagi setiap proses yang terlibat seperti menerima tempahan dari pelanggan, menempah hotel dan pengangkutan untuk pelanggan dan sebagainya bagi melancarkan perjalanan syarikat agensi pelancongan anda dan mengurangkan potensi masalah di masa akan datang.

8. Promosikan, pasarkan & lancarkan bisnes agensi pelancongan

Setelah lengkap semua langkah-langkah di atas, kini tiba masa untuk anda mempromosikan secara besar-besaran kepada orang ramai. Bahagian pemasaran memainkan peranan penting dalam hal ini. Pihak pemasaran syarikat hendaklah menyediakan rancangan pemasaran yang teliti dan terperinci supaya anda dapat merancang keperluan kos perbelanjaan dan jenis promosi yang betul. Ia dapat menjimatkan kos keperluan untuk promosi apabila anda berjaya mensasarkan kepada target pelanggan yang tepat. Pada peringkat permulaan, bahagian promosi memerlukan bajet yang paling banyak. Ia memerlukan kerja keras dan komited yang tinggi dari semua tenaga kerja di syarikat. Anda perlu fokus untuk mewujudkan hubungan dengan pelanggan serta menjaga hubungan baik dengan mereka. Dapatkan maklumbalas dari pelanggan-pelanggan pertama anda untuk penambahbaikan servis yang anda tawarkan. Kemudian, anda boleh menawarkan pakej-pakej pelancongan yang menarik kepada pelanggan sedia ada dan pelanggan baru. Selain itu, anda boleh mempromosikan syarikat di platform atas talian seperti Facebook page, Google Business, blog dan lain-lain lagi. Tidak dilupakan juga, kaedah promosi di luar talian seperti penyebaran cerita mengenai servis anda dari mulut ke mulut, flyers, brochure dan sebagainya.

9. Bangunkan jenama sebagai ejen pelancongan

Sudah pilih niche bisnes anda? Sudah lengkapkan rancangan perniagaan anda? Seterusnya, tugas anda adalah membangunkan jenama sebagai agen pelancongan kepada orang ramai. Ia bertujuan untuk mewujudkan persepsi tentang syarikat, produk dan servis yang ditawarkan. Anda boleh mula membina laman web syarikat anda sebagai permulaan. Juga sebagai contoh, anda boleh bermula dengan membina nama, tagline dan merekabentuk logo syarikat yang catchy, unik, mudah diingat serta menarik perhatian pelanggan. Jika anda berjaya menyampaikan mesej jenama yang anda ciptakan ini kepada orang ramai dengan baik, ia bermaksud pelanggan boleh menerimanya dan imej positif akan kekal di minda mereka.

Jika anda sudah memenuhi langkah-langkah menubuhkan agensi pelancongan seperti di atas dan berasa yakin dengan persediaan rapi yang telah anda lakukan, tunggu apa lagi? Mulakan langkah pertama anda dengan melakukan tinjauan kajian kepada prospek pelanggan syarikat anda serta mewar-warkan kepada ahli keluarga terdekat, sahabat-handai dan orang sekeliling bagi mengenalpasti dan memasarkan potensi syarikat anda kepada orang ramai.

Anda boleh merujuk pautan-pautan berikut bagi keterangan lebih lanjut:

Bil. Prosedur Pautan
Rangka rancangan perniagaan https://www.malaysia.gov.my/portal/content/27538?language=my
2. Daftar syarikat Sdn Bhd https://www.ssm.com.my/bm/Pages/Services/Registration-of-Business-(ROB)/Registration/Registration.aspx

 

3. Garis panduan mendaftar perniagaan agensi pelancongan http://www.motac.gov.my/en/services/license-application/travel-agency

 

i) Untuk Garis Panduan Permohonan Lesen Perniagaan Pengendalian Pelancongan dan Perniagaan Agensi Pengembaraan (TOBTAB) http://www.motac.gov.my/en/services/license-application/travel-agency/send/34-garis-panduan/158-garis-panduan-permohonan-lesen-perniagaan-pengendalian-pelancongan-dan-perniagan-agensi-pengembaraan-tobtab

 

ii) Untuk Garis Panduan Permohonan Lesen Perniagaan Pengendalian Pelancongan Dalam Negeri (MM2H)

http://www.motac.gov.my/en/services/license-application/travel-agency/category/34-garis-panduan

 

4. Memohon lesen agensi pelancongan di Sistem Pelesenan Industri Pelancongan (SPIP) www.spip.gov.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *